Thursday, August 29, 2013

The one of those days story

Its one of those days. 

Yang memenatkan. 

Penat mengajar. Masuk kelas, jerit-jerit bagi arahan kat 30++ pelajar lelaki. Jerit 10 kali pun tak jadi ape. Kalau tak jerit lagi la tak bergerak langsung. 

Penat meeting. Tak berkesudahan. Tiba-tiba kena masuk meeting. Dapat tugas, kena buat itu, kena buat ini. Alahai bos. Tugas sampingan lagi banyak daripada tugas hakiki ni haaa. Macamana nak fokus kat pelajar kalau program dah bermacam-macam nak kena buat ni? Kesian pelajar. Penat mengajar penat jugak, tapi tanggungjawab mengajar tu takkan nak ambil sambil lewa sebab sibuk dengan tugas lain. 

Balik rumah. 

Penat perasaan. Penat. Memang penat. 

Penat nak jaga hati orang. Hati kita siapa nak jaga? 

Penat jaga hubungan sesama manusia. Tapi orang lain tak jaga pun hubungan dengan kita?

Its one of those days, that make me feel like i want to close my eyes and drifted off to a longgg sleep, not thinking of anything. And when i wake up, the world would be a better place. 

The dugaan story

Berat. 
Dugaan memang terasa berat. 

I dont understand what is happening, is it a blessing or a curse. 

Tapi memang terasa berat. Sangat. 

Saya anggap, ini adalah dugaan. Bebanan perasaan. 

Bagi orang lain, mungkin ini masalah kecil sahaja. Tapi bagi saya, ianya amat berat. 

Berterus-terusan istighfar. 

Mungkin ada yang cakap, poyo je la kau ni. Dugaan dugaan. Orang lain masalah lagi besar dari kaulah. 

Itu orang lain. Ini saya sendiri. Sedang mencari kekuatan.